Bahagian Alumni

Fungsi Bahagian

title bottom left

  • Menjalin hubungan mesra antara UIS dan Alumni melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang;

  • Mewujudkan hubungan berterusan demi kemajuan UIS dan Alumni untuk kesejahteraan UIS, pelajar dan masyarakat;

  • Mengeratkan kerjasama Alumni dalam pelbagai bidang melalui sumbangan idea dan kepakaran serta pelaksanaan program pembangunan profesionalisme;

  • Menyelaras aktiviti alumni dan bekerjasama rapat dengan Persatuan Alumni UIS dan semua fakulti di UIS;

  • Menjejaki alumni dan menyimpan maklumat kemajuan kejayaan alumni serta menyediakan mekanisme sokongan yang diperlukan;

  • Sebagai pengantara penyebaran maklumat berkaitan dengan pekerjaan;

  • Menjadi rakan kongsi kerajaan dan swasta dalam mengendalikan keperluan sumber tenaga kerja, seminar, bengkel, dan aktiviti yang melibatkan alumni UIS;

  • Menjadi urusetia bersama bagi majlis dan program yang melibatkan alumni;

  • Menyelaras, mengemaskini dan memasukkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study);

  • Memantau dan membuat kemaskini data rekod alumni bermula penubuhan KISDAR-KUIS-UIS.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).