Objektif Bahagian
-
Proses perolehan dilaksanakan dengan cara yang paling menguntungkan, sama ada melalui tender/ sebut harga terbuka, rundingan , lantikan terus atau pembelian runcit melalui prosedur dan pekeliling perolehan yang sempurna.
-
Memastikan harga yang paling menguntungkan dan berpatutan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dan tempoh siap yang ditetapkan.
-
Memastikan rekod aset dan inventori direkod melibatkan kos dan susutnilai terkumpul dengan kaedah penyimpanan yang baik.
-
Pemantauan pengurusan aset dan inventori Universiti secara keseluruhan agar lebih efektif dan sistematik.
-
Memastikan pelaksanaan pelupusan dilaksanakan dengan kaedah yang diluluskan.