
RASIONAL LOGO
![]()
|
HIJAU: Melambangkan identiti Islam sebagai landasan utama universiti, serta mencerminkan kesuburan ilmu, kesejahteraan dan kesinambungan dalam pembangunan modal insan. |
|
MERAH: Simbol keberanian, semangat juang dan daya saing yang tinggi dalam kalangan warga universiti, khususnya dalam memperjuangkan kecemerlangan ilmu dan penyelidikan. |
|
KUNING: Menggambarkan kebijaksanaan, ketinggian martabat ilmu dan keunggulan institusi dalam menjana pemimpin berintelektual tinggi yang dihormati di peringkat nasional dan global. |
|
HITAM: Menunjukkan keteguhan prinsip, kekuatan moral serta kestabilan institusi dalam mengekalkan kelestarian akademik dan nilai profesionalisme yang tinggi. |
|
PUTIH: Melambangkan wawasan universiti ke arah mencapai kecemerlangan ketakterhinggaan ilmu sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. |
|
BENTUK PERISAI: Melambangkan kekuatan dan keteguhan Universiti dalam memainkan peranan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berteraskan Biah Solehah dan Qudwah Hasanah. |
|
BULAN SABIT DAN BINTANG: Menggambarkan Islam sebagai agama rasmi. |
|
AL-QURAN: Melambangkan ketertinggian Al-Quran sebagai rujukan utama dalam penyebaran ilmu, pemantapan nilai-nilai Islam dan pembentukan akhlak. |
|
MORTARBOARD: Melambangkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan berilmu, berdaya saing dan berintegriti. |
|
KERIS: Bermaksud kedaulatan institusi diraja dalam meningkatkan kecemerlangan kualiti pendidikan negara serta mendukung prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu ”Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”. |








