Fungsi Bahagian
Seksyen Perolehan
-
Memastikan bahawa Tatacara Pengurusan Perolehan secara Sebut Harga dan Tender berdasarkan tadbir urus yang baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan dasar dan keperluan polisi sedia ada.
-
Memastikan semua perolehan Universiti tertakluk kepada tatacara, peraturan dan kaedah-kaedah yang telah diitetapkan dan hendaklah dilaksanakan mengikut had-had dan bidangkuasa yang telah ditentukan.
-
Menjalankan semua aktiviti perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan Universiti."
Seksyen Pengurusan Aset
-
Mengurus semua aset Universiti meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
-
Menyelia rekod-rekod aset di Fakulti/ Bahagian melalui pegawai-pegawai aset yang dilantik
-
Mengurus pelantikan Pegawai aset, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat Universiti.
-
Menyelaras penyediaan laporan aset, inventori, laporan pemeriksaan aset dan inventori, laporan pelupusan aset Universiti, Laporan tindakan surcaj/kehilangan dan laporan Jurnal Aset pada setiap bulan
-
Memastikan semua aset Universiti diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dan memastikan penyelarasan rekod dan daftar aset induk dan daftar aset subsidiari.
Seksyen Inventori dan Pelupusan
-
Menguruskan operasi inventori dan pelupusan fizikal dilaksanakan dengan baik dan mematuhi SOP/ Pekeliling semasa dengan memenuhi keperluan pelanggan/ PTJ dari semasa ke semasa.
-
Mengurus semua inventori Universiti meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
-
Menyelaras penyediaan laporan inventori, laporan pemeriksaan inventori, laporan pelupusan inventori dan laporan Jurnal inventori pada setiap bulan
-
Memastikan semua inventori Universiti diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dan memastikan penyelarasan rekod dan daftar inventori induk dan daftar inventori subsidiari.