ms my en gb ar aa

 Mulakan Perjalanan Hebat Menuju Impian Anda!

Pilih Program Pengajian Ideal Anda di Aplikasi WADAH!
mohon sekarang  

Bahagian Hasil & Kewangan Pelajar

Objektif Bahagian

title bar 80

  • Menguruskan hasil dengan cekap dan teratur dan berdasarkan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

  • Memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan secara efisyen dan cekap dengan memastikan biasiswa dan pelbagai bayaran tabung diagihkan kepada para pelajar dalam kadar segera.

  • Memastikan kelestarian kewangan dengan memastikan pendapatan niaga dan amanah (diinbois) dipungut mengikut tempoh yang ditetapkan.

  • Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran serta penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

 

Fungsi Bahagian

title bar 80

SEKSYEN HASIL & KEWANGAN PELAJAR

  • Menguruskan pengeluaran inbois kepada setiap pelajar dan membuat tuntutan yuran kepada penaja.

  • Memantau dan mengemaskini Penyata Pelajar.

  • Mengurus pembayaran kepada pelajar (lebihan, biasiswa, saradiri, tabung infaq dan kebajikan).

  • Menyediakan dan mengemaskini struktur yuran yang dimohon oleh fakulti.

  • Menguruskan pembayaran yuran melalui pengeluaran KWSP.

 

SEKSYEN KAWALAN KREDIT

  • Menyediakan invois caj terhadap semua sewaan fasiliti dan utiliti.

  • Mengendalikan akaun pelajar berhutang dan semua penghutang termasuk subsidiari, staf dan lain-lain.

  • Memantau dan mengurus kutipan hutang dan bayaran sewaan fasiliti kolej secara keseluruhannya.

  • Membuat analisis terhadap kutipan hutang.

 

Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000 
info@uis.edu.my