Bahagian Perolehan & Pengurusan Aset
Objektif & Fungsi
Objektif Bahagian
![]()
-
Proses perolehan dilaksanakan dengan cara yang paling menguntungkan, sama ada melalui tender/ sebut harga terbuka, rundingan , lantikan terus atau pembelian runcit melalui prosedur dan pekeliling perolehan yang sempurna.
-
Memastikan harga yang paling menguntungkan dan berpatutan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dan tempoh siap yang ditetapkan.
-
Memastikan rekod aset dan inventori direkod melibatkan kos dan susutnilai terkumpul dengan kaedah penyimpanan yang baik.
-
Pemantauan pengurusan aset dan inventori Universiti secara keseluruhan agar lebih efektif dan sistematik.
-
Memastikan pelaksanaan pelupusan dilaksanakan dengan kaedah yang diluluskan.
Fungsi Bahagian
![]()
SEKSYEN PEROLEHAN
-
Memastikan bahawa Tatacara Pengurusan Perolehan secara Sebut Harga dan Tender berdasarkan tadbir urus yang baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan dasar dan keperluan polisi sedia ada.
-
Memastikan semua perolehan Universiti tertakluk kepada tatacara, peraturan dan kaedah-kaedah yang telah diitetapkan dan hendaklah dilaksanakan mengikut had-had dan bidangkuasa yang telah ditentukan.
-
Menjalankan semua aktiviti perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan Universiti.
SEKSYEN PENGURUSAN ASET
-
Mengurus semua aset Universiti meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
-
Menyelia rekod-rekod aset di Fakulti/ Bahagian melalui pegawai-pegawai aset yang dilantik
-
Mengurus pelantikan Pegawai aset, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat Universiti.
-
Menyelaras penyediaan laporan aset, inventori, laporan pemeriksaan aset dan inventori, laporan pelupusan aset Universiti, Laporan tindakan surcaj/kehilangan dan laporan Jurnal Aset pada setiap bulan
-
Memastikan semua aset Universiti diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dan memastikan penyelarasan rekod dan daftar aset induk dan daftar aset subsidiari.
SEKSYEN INVENTORI DAN PELUPUSAN
-
Menguruskan operasi inventori dan pelupusan fizikal dilaksanakan dengan baik dan mematuhi SOP/ Pekeliling semasa dengan memenuhi keperluan pelanggan/ PTJ dari semasa ke semasa.
-
Mengurus semua inventori Universiti meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
-
Menyelaras penyediaan laporan inventori, laporan pemeriksaan inventori, laporan pelupusan inventori dan laporan Jurnal inventori pada setiap bulan.
-
Memastikan semua inventori Universiti diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dan memastikan penyelarasan rekod dan daftar inventori induk dan daftar inventori subsidiari.
Tawaran Tender / Sebut Harga
Iklan
![]()
PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENYELENGGARA DAN MENTAULIAH KOMPUTER & LAPTOP BAHARU PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) UNTUK TUJUAN SEWAAN SELAMA TIGA (3) TAHUN DI UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)
No. Rujukan: BPPA (PEROLEHAN)/03-2026 (MEI : 01)
Tempoh Pelawaan: 18 Mei - 9 Jun 2026
Tarikh Penjualan Dokumen: 18 Mei (2:30 petang) - 8 Jun 2026
Tarikh Tutup Pelawaan: 9 Jun 2026 (3 Petang)
PERKHIDMATAN SEWAAN MARQUEE TENT, KHEMAH DAN PERALATAN BERKAITAN BAGI PROGRAM EKSPO & FESTIVAL (EKSTIVAL) SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UIS KALI KE-29
No. Rujukan: BPPA (PEROLEHAN)/03-2026 (MEI : 04)
Tempoh Pelawaan: 29 Mei - 11 Jun 2026
Tarikh Penjualan Dokumen: 4 Jun 2026 (selepas lawatan tapak) sehingga 10 Jun 2026
Tarikh Tutup Pelawaan: 11 Jun 2026 (3 Petang)
Keputusan
![]()





