ms my en gb ar aa

 Mulakan Perjalanan Hebat Menuju Impian Anda!

Pilih Program Pengajian Ideal Anda di Aplikasi WADAH!
mohon sekarang  

Bahagian Pemasaran

Objektif Bahagian

title bar 80

  • Memastikan segala urusan berkaitan pemasaran tempatan dan antarabangsa seperti bahan pengiklanan, aktiviti/ program pemasaran, kit promosi, sistem pemfailan bahagian serta bajet bahagian dapat diselaras dan diuruskan mengikut perancangan yang ditetapkan.

  • Memproses permohonan, penawaran dan pendaftaran pelajar baharu.

 

Fungsi Bahagian

title bar 80

  • Merancang, menyusun, melaksana mengawal dan menyelaras aktiviti pemasaran semua program akademik UIS di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kepada calon pelajar tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai saluran atau media yang bersesuaian.

  • Menyelia permohonan secara atas talian, menyemak syarat kemasukan, mengeluarkan surat tawaran, mengendalikan proses pendaftaran pelajar, menyediakan laporan permohonan dan tawaran bakal pelajar tempatan dan antarabangsa.

  • Merancang, menyelaras, melaksana, menilai dan mengawal selia semua aktiviti berkaitan pemasaran antarabangsa bagi mendapatkan calon pelajar dan mengurus dokumentasi sehingga calon pelajar hadir mendaftar di UIS.

  • Bertanggung jawab ke atas semua bahan bercetak seperti banner, bunting, iklan, poster dan juga terbitan cetak dan media masa dan penerbitan advertorial.

Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000 
info@uis.edu.my