Bahagian Prasarana Ilmu & Pendigitalan
Objektif Bahagian
![]()
-
Mengurus kandungan portal perpustakaan termasuk repositori institusi universiti.
-
Merancang, mengurus dan menyelaras perolehan langganan e-sumber baharu dan sedia ada.
-
Menjalinkan perkongsian pintar sama ada dalaman/ luaran bagi keterlihatan maklumat.
-
Memantau operasi sistem pengurusan perpustakaan dan pendigitalan bahan maklumat.
Fungsi Bahagian
![]()
SEKSYEN SISTEM BERAUTOMASI (SSB)
-
Mengendalikan aktiviti penyelenggaraan perkakasan serta mengenal pasti aliran semasa berkaitan teknologi maklumat.
-
Mengurus aduan dan memantau akses portal perpustakaan dari semasa ke semasa supaya sentiasa tersedia.
-
Menyemak emel peringatan janaan automatik serta data sandaran perpustakaan.
-
Membantu dari segi penyediaan teknikal bagi melancarkan aktiviti/ program perpustakaan.
SEKSYEN METADATA DAN REPOSITORI (SMR)
-
Mengendalikan pembaharuan langganan e-sumber serta menyediakan latihan kepada pengguna.
-
Mengenal pasti bahan maklumat bagi tujuan pendigitalan.
-
Mengumpul dan menyimpan koleksi repositori institusi dalam format digital serta mengemas kini metadata.



