Pusat Pendidikan TVET
Objektif Pusat
![]()
-
Mewujudkan kursus dan latihan jangka pendek samaada yang ditawarkan oleh fakulti ataupun melalui jalinan kerjasama dengan organisasi luar.
-
Mewujudkan kursus, program dan persijilan baru bersifat kemahiran teknikal dan vokasional yang Islamik di UIS.
-
Merancang strategi pelaksanaan kursus, program dan persijilan baru bersifat kemahiran teknikal dan vokasional yang Islamik di UIS secara tahunan.
-
Menyelaras dan memantau pelaksanaan kursus, program dan persijilan baru bersifat kemahiran teknikal dan vokasional di setiap fakulti sekiranya ada.
-
Memperkasa dan memantapkan pelaksanaan,kursus, program dan persijilan bersifat kemahiran teknikal dan vokasional yang Islamik UIS dari semasa ke semasa.
-
Memastikan ketelusan kewibawaan dan kebertanggung jawaban dalam pelaksanaan kursus, program dan persijilan bersifat kemahiran teknikal dan vokasional yang Islamik selaras dengan misi, visi dan objektif UIS.
-
Mewujudkan jaringan dengan pihak industri melalui MoU, MoA dan jalinan kerjasama dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.
Fungsi Pusat
![]()
-
Membangunkan dan menguruskan kursus, program dan persijilan TVET daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) & MQA mengikut ‘niche’ fakulti UIS.
-
Menguruskan dan menyelaras kursus dan latihan jangka pendek samaada yang ditawarkan oleh fakulti ataupun melalui jalinan kerjasama dengan organisasi luar.
-
Melaksanakan strategi yang dirancang ke atas pelaksanaan kursus kursus jangka pendek dan program persijilan TVET.
-
Membuat laporan aktiviti secara berkala kepada Pengarah TVET berkaitan kursus jangka pendek dan program persijilan TVET.
-
Menilai perincian kewangan bagi melaksanakan program kursus jangka pendek dan persijilan TVET.
-
Meluluskan kertas cadangan berkaitan kursus jangka pendek dan program persijilan TVET.



