Bahagian Teknologi Maklumat
Objektif Bahagian
![]()
-
Merancang, melaksana dan memantau keperluan dan spesifikasi infrastruktur dan infostruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) UIS.
-
Memastikan semua perkakasan dan perisian komputer serta server dan semua mesin pencetak, mesin pengimbas, LCD Projector, talian internet, rangkaian, sistem, aplikasi dan laman web sentiasa dalam keadaan sedia diguna pakai dan diselenggara dengan baik.
-
Memberikan khidmat nasihat dan rundingan dalam ICT.
Fungsi Bahagian
![]()
SEKSYEN PENGURUSAN APLIKASI
-
Merancang, membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi bagi menyokong fungsi UIS.
-
Menyelenggara dan menambahbaik mutu aplikasi yang telah dibangunkan dari masa ke semasa.
-
Menyelaras, memantau dan memastikan maklumat-maklumat dalam sistem-sistem aplikasi sentiasa dikemaskini dan keperluan serta permintaan pengguna disediakan.
-
Menyelaras penyelesaian masalah berkaitan capaian sistem-sistem aplikasi.
SEKSYEN PENGURUSAN RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT
-
Merancang, mengurus, membangun, mengawasi & meningkatkan sistem rangkaian Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN).
-
Merancang, mengurus, melaksana dan menyelia peralatan rangkaian
-
Menilai dan menguji teknologi-teknologi peralatan rangkaian baharu untuk dilaksanakan.
-
Melakukan perancangan penyelenggaraan/ penaiktarafan sistem mengikut keperluan semasa dan menyelesaikan sebarang permasalahan teknikal berkaitan sistem rangkaian dan capaian internet.
-
Merangka dasar dan garis panduan keselamatan ICT UIS.
-
Memantau aktiviti-aktiviti di dalam sistem dan rangkaian komputer UIS dan menguruskan insiden keselamatan ICT.
-
Melaksanakan program-program kesedaran keselamatan ICT di kalangan warga UIS.
SEKSYEN PENGURUSAN DIGITAL DAN LAMAN WEB
-
Mengurus,merancang, mereka bentuk, membangunkan, menyelaras, memantau dan menyelenggara perkhidmatan laman web dan aplikasi yang bersesuaian serta mematuhi garis panduan kriteria laman web UIS.
-
Mengkaji dan mengenal pasti teknologi baru yang dapat diadaptasi bagi membantu laman web dan aplikasi mudah alih (mobil) berfungsi dengan lebih baik.
-
Memastikan laman web adalah sejajar dan selaras dengan laman web IPT yang lain dan memenuhi garis panduan MAMPU.
-
Mentadbir, mengurus dan memberikan khidmat sokongan bagi aplikasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) UIS.
-
Menguruskan dan menyelaras gerak kerja alih bahasa laman web supaya seragam.
-
Memastikan kandungan Laman web adalah terkini.
-
Mengurus dan mentadbir keselamatan bagi pangkalan data laman web, aplikasi web PdP dan aplikasi mudah alih (mobil).
-
Mengurus dan menjalankan proses konfigurasi server dan instalasi perisian berkaitan laman web dan aplikasi mudah alih (mobil) yang mematuhi metodologi pembangunan perisian.
SEKSYEN PENGURUSAN OPERASI & KHIDMAT SOKONGAN ICT
-
Merancang dan mengurus operasi infrastruktur IT UIS secara keseluruhan bagi menyokong program pengkomputeran UIS.
-
Memantau dan menganalisa prestasi sistem komputer dan mengendali perjalanan sistem pengkomputeran UIS agar beroperasi 24x7 dengan 'downtime' yang minima.
-
Mengurus dan mengendali pemulihan bencana dan 'backup and recovery'.
-
Merancang dan mengurus peralatan desktop dari segi perolehan, pemasangan, penempatan, peminjaman, penyelenggaraan dan pelupusan.
-
Memberi khidmat sokongan teknikal kepada pengguna dan menguruskan aduan sistem ICT dan mengurus penggunaan perisian.
-
Mengurus fail-fail dan perbelanjaan bahagian.



