ms my en gb ar aa

 Mulakan Perjalanan Hebat Menuju Impian Anda!

Pilih Program Pengajian Ideal Anda di Aplikasi WADAH!
mohon sekarang  

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan

Objektif Bahagian

title bar 80

  • Merancang dan melaksana aktiviti program literasi bagi meningkatkan kemahiran pengguna.

  • Menyelaras program jaringan bersama komuniti dalam usaha memperkenalkan jenama UIS dan PIAS.

  • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini.

  • Memantau perkhidmatan sirkulasi serta aktiviti penjilidan dan pembaikan bahan maklumat.

 

Fungsi Bahagian

title bar 80

SEKSYEN RUJUKAN DAN SIRKULASI (SRS)

  • Mengendalikan perkhidmatan sirkulasi merangkumi aktiviti peminjaman/pemulangan/pembaharuan serta tempahan.

  • Menyelaras aktiviti penyusunan dan bacaan rak termasuk semakan stok bahan maklumat bercetak.

  • Memastikan kemudahan perpustakaan sentiasa dalam keadaan baik dan sedia digunakan.

  • Mengendalikan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen antara perpustakaan bagi memenuhi keperluan pengguna mendapatkan bahan yang tiada dalam koleksi perpustakaan.

 

SEKSYEN PENJILIDAN DAN PEMBAIKAN BAHAN (SPPB)

  • Memelihara koleksi perpustakaan sedia ada menerusi aktiviti penjilidan serta pembaikan bahan.

  • Membantu mengendalikan tempahan serta perkhidmatan kawalan pinjaman terhad.

Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000 
info@uis.edu.my