ms my en gb ar aa

 Mulakan Perjalanan Hebat Menuju Impian Anda!

Pilih Program Pengajian Ideal Anda di Aplikasi WADAH!
mohon sekarang  

Objektif Pejabat

title bar 80

  • Pejabat Pendaftar ditubuhkan selaras dengan peruntukan Perlembagaan UIS di mana Pendaftar perlu dilantik bagi menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan tadbir urus serta operasi UIS secara menyeluruh.

  • Memastikan proses pengurusan dilaksanakan dengan cekap, tepat dan berkesan berdasarkan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa selari dengan keperluan UIS.

 

Fungsi Pejabat

title bar 80

Pejabat Pendaftar bertanggungjawab dalam aspek-aspek berikut:

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sumber manusia seperti perjawatan, latihan serta perkembangan kerjaya kakitangan.

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan proses-proses sokongan kepada aktiviti akademik seperti rekod pelajar, peperiksaan, pengijazahan serta unjuran kakitangan akademik.

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan keurusetiaan aktiviti serta mesyuarat utama universiti dan melaksanakan tadbir urus terbaik.

  • Menguruskan serta membangunkan fasiliti di UIS bagi membolehkan persekitaran dan sistem kerja yang selamat, sihat, kondusif, mesra dan ceria diwujudkan.

  • Menguruskan secara khusus untuk memasarkan program-program pengajian di UIS serta mendapatkan pelajar-pelajar baharu untuk UIS.

  • Mengurus hal ehwal berkaitan keselamatan warga UIS secara amnya serta keselamatan fasiliti dan harta benda di UIS.

Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000 
info@uis.edu.my