Berita UIS

24 April 2024, Sarajevo Bosnia - Telah berlangsung 3rd ICONIE 2024 bertempat di Hotel Holiday, Sarajevo, Bosnia. Seminar kali ini bertemakan "Empowerment of Islamic Philanthropy: Zakat, Waqaf & Sadaqah to Achieve Socio-economic Justice".

YBhg. Naib Canselor UIS, Dato’ Prof. Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah telah menyampaikan Opening Speech dan Keynote bertajuk "Exploring Social Justice in Islamic Divine Sources: Quranic Prespective." yang menyentuh 5 prinsip Maqasid Muamalat; Al-Rawaj (berlegar dan tidak hanya dikuasai oleh golongan kaya), Al-Wuduh (jelas tiada keraguan), Al-Hifz (terpelihara), Al-Adl (keadilan) dan Al-Thabat (utuh).

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Yang berbahagia Prof. Dr. Senad Softic, Prof. University of Sarajevo yang juga merupakan mantan Gavenor Central Bank of Bosnia and Herzegovina.

Turut memberikan ucaptama ialah; YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola UIS bertajuk: "Exploring Islamic Social Finance: Examining Selangor State Case Study", YBhg Prof. Dr. Aishath Muneeza, INCIEF University, Malaysia bertajuk: " Innovative Technological Solutions for Enhancing Transparency and Efficiency in Islamic Philanthropy" dan YBrs. Dr. Nadia Naim, Aston University, Birmingham, UK bertajuk Innovative Financing and Intellectual Property: Bridging Gaps for Social Impact".

Seminar ini adalah anjuran Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF) Universiti Islam Selangor dan Center for Advanced Studies, University of Sarajevo dan turut berkolaborasi bersama Yayasan KUIS, The Centre of Excellence in Islamic Social Finance, INCEIF University, Aston Law School, Aston University, dan IIUM Institute of Islamic Banking and Finance.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).