Berita KUIS

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini telah turun padang membuat kunjungan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan ini semalam.

Kunjungan diadakan bagi membuat penilaian terhadap punca banjir kilat yang berlaku. Antara kawasan yang terlibat ialah kediaman pelajar, bangunan pentadbiran, kawasan Masjid Al-Azhar dan padang (kawasan rendah).

Melalui hasil perbincangan tersebut, beberapa cadangan perlu diambil kira antaranya penyelenggaraan dan pembersihan segera longkang di seluruh kawasan KUIS sebagai persediaan sekiranya hujan lebat berpanjangan untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Turut bersama membuat kunjungan ialah YBhg. Dr. Ching Thoo, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) KASA, YBhg. Dato' Ir. Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah JPS Malaysia, Tuan Haji Mohamad Nazif Daud, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS), dan lain-lain pegawai berkaitan; juga barisan pengurusan KUIS.

YBhg. Rektor, Prof Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keperihatinan dan kunjungan ini khususnya pihak KASA dan JPS Selangor dalam membantu KUIS mendapatkan pandangan dan jalan penyelesaian berhubung isu banjir kilat.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).