Disediakan oleh : Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) |
Bandar Seri Putra – 5 April 2017, Bank Rakyat telah menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM30,000 kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk disalurkan kepada pelajar yang layak. Pengurus Cawangan Bank Rakyat Seksyen 9, Shah Alam Puan Norwati Aziz berkata, penyerahan sumbangan zakat tahun 2015 ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat untuk membantu mengurangkan beban kewangan pelajar KUIS dan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang memilih untuk berurusan dengan Bank Rakyat. Penyerahan sumbangan zakat diserahkan kepada Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri dan disaksikan oleh kakitangan dan pelajar KUIS. Sumbangan zakat ini akan diagihkan kepada 60 orang pelajar KUIS yang layak menerima bantuan. Semoga dengan sumbangan zakat ini dapat membantu pelajar-pelajar KUIS yang memerlukan dan sebagai dorongan untuk terus berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. |
![]() |
![]() |
![]() |