Berita UIS

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Abdul Razif Zaini hari ini mengetuai kunjungan hormat delegasi UIS ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin silaturrahim antara pihak MAIDAM dengan UIS di samping meneroka peluang-peluang penajaan kepada anak-anak Terengganu di UIS.
Kunjungan disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif, MAIDAM), Tuan Haji Nazli bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha-Pengurusan Zakat), Tuan Haji Yaakob bin Abdullah (Penolong Setiausaha-Agihan Zakat), Encik Muhammad Maizan bin Mat Shaari (Eksekutif Perhubungan Korporat - Yayasan Pendidikan MAIDAM) dan Encik Muhammad Shafiq bin Muhamad (Penolong Eksekutif Pengurusan Dana-Yayasan Pendidikan MAIDAM).
UIS turut diiringi oleh Puan Rohaiza Binti Mat Noh, Penasihat Undang-undang, Dr. Salman Bin Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Puan Faridah binti Sabli, Timbalan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).