Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar |
Bandar Seri Putra – 30 Ogos : Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor YBhg Prof. Dato’ Dr. Ab Halim b. Tamuri telah mengumumkan pertukaran portfolio yang melibatkan dua Timbalan Rektor hari ini. Pertukaran ini melibatkan Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan YBrs Dr Mohammad Syukri b. Abd Rahman yang akan bertukar ke portfolio Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni sementara Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, YBrs Dr. Mokmin bin Basri akan memegang portfolio Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan. Pertukaran ini yang merupakan proses biasa di dalam tadbir urus sesebuah institusi pengajian tinggi telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIS bil. 3/2016 dan berkuat kuasa mulai 1 September 2016. Seluruh warga KUIS mengucapkan Tahniah dan Selamat Bertugas kepada YBrs Dr Mohammad Syukri b. Abdul Rahman dan YBrs Dr Mokmin b. Basri. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |