Berita UIS

Hari ini Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Dato' Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah dikunjungi tetamu istimewa dari kedutaan Arzebaijan di Malaysia, HE Irfan Davudov Ambassador of The Republic of Azerbaijan. Turut bersama ialah En. Fadhil Yusni, Chairman of Malaysia-Azerbaijan Friendship Association. Kunjungan ini membincangkan peluang-peluang kerjasama antara dua negara khusus dalam bidang pendidikan tinggi, kolaborasi penyelidikan dan pertukaran pelajar.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).