Kota Kinabalu, 4 Jun 2024: Universiti Islam Selangor (UIS) diraikan sebagai tetamu kehormat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah (JPA Sabah). Delegasi UIS yang diketuai oleh Naib Canselor UIS, Dato’ Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah disambut dengan penuh mesra oleh Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Sepanjang pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam, pelbagai topik dibincangkan khasnya berkaitan kebajikan pelajar-pelajar Sabah yang sedang menjalani sesi pengajian di UIS. Datuk Zainudin turut menceritakan misi besarnya iaitu, bertemu mata dengan seramai mungkin anak-anak Sabah yang sedang menuntut di pelbagai IPTA dan IPTS seluruh Malaysia bagi mendengar dan meneliti setiap luahan dan permasalahan mereka.
Dato’ Prof Madya Dr. Mohd Farid juga menyambut baik hasrat Datuk Zainudin untuk membuat perbincangan yang lebih serius dengan pihak UIS bagi menyediakan peluang-peluang pendidikan peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan di negeri Sabah.
Moga hasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi ini akan membuahkan hasil di masa hadapan.