Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Mahasiswa |
Pada 12-15 November yang lalu, telah berlangsung Karnival Amal Islami (IPTIM) 2018 Peringkat ASEAN bertempat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Karnival ini adalah program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh sekretariat IPTIM dan tahun ini, MARSAH telah dipilih untuk mengelola dan menganjurkan karnival amal islami ini. Karnival ini disertai oleh semua IPT Islam di seluruh Malaysia, pelajar Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan turut disertai oleh Universiti dari Indonesia. Kontinjen KUIS selaku kontinjen pilihan telah menyertai semua acara yang dipertandingkan iaitu sebanyak 27 acara. Antara acara yang disertai oleh kontinjen KUIS adalah hafazan, berzanji, nasyid, khat, tilawah Al-Quran, debat dan pidato. Kontinjen KUIS dengan kekuatan seramai 51 orang telah melakar kejayaan yang amat memberangsangkan dalam karnival edisi kali ini. Berikut adalah rumusan ringkas keputusan keseluruhan karnival ini :
Secara keseluruhan, kontinjen KUIS telah berjaya meraih tempat ke-4 daripada 12 IPT yang bertanding. Selain itu, kumpulan nasyid perempuan KUIS juga telah dianugerahkan sebagai vokal terbaik. Diharapkan dengan kejayaan sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen KUIS! |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |