Disediakan oleh :
Pejabat Rektor KUIS

KOTA KINABALU - Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri telah menyampaikan slot Bicara Pendidikan bersempena Karnival & Anugerah Imtiyaz SMKA & SABK Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2017 pada 19 Ogos 2017 di Dewan Hamzah Al-Fansuri, SMKA Tun Ahmad Shah, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Karnival ini melibatkan guru-guru dan pelajar dari semua 14 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negeri Sabah. Dianggarkan seramai 1,000 orang telah memeriahkan karnival ini.

Pameran pendidikan juga telah diadakan pada 18hb hingga 20hb Ogos 2017 bagi memeriahkan lagi karnival ini yang melibatkan badan beruniform, institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan persatuan seperti BOMBA, TLDM, Persatuan Seni Khat Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan badan-badan serta persatuan sekitar Sabah. KUIS juga turut mengambil peluang mempromosikan program-program bagi kemasukan bulan November 2017.

#JOM MASUK KUIS#

karnival sabah 01   karnival sabah 02
karnival sabah 03   karnival sabah 04

Klik di sini untuk lihat galeri foto

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).