Disediakan oleh : Bahagian Pemasaran & Komunikasi |
Seramai 181 orang pelajar KOVAJ telah mengikuti Program Kem Jati Diri dan Kepimpinan anjuran mahasiswa dan mahasiswi dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tema program ini adalah “Remaja Hebat Hidup Bersyariat”. Antara objektif program adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif yang perlu ada dalam diri seorang remaja dimana untuk menjadi hebat mereka perlu hidup berlandaskan syariat bukan hanya fokus pada matlamat fizikal sahaja tetapi fokus juga pada pengisian spiritual. Objektif lain adalah memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi KUIS untuk berhubungan dengan komuniti luar dan meningkatkan keyakinan dan keupayaan untuk menjadi Dai’ Ulama & Umara. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Seramai 44 orang mahasiswa dan mahasiswi KUIS dan seorang pensyarah pengiring dari Fakulti pengurusan dan Muamalah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Disamping itu kerjasama yang baik dari pihak KOVAJ juga banyak membantu melancarkan program. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Rekreasi minda, “Islamic Fantastic Race”, Pening lalat, Malam Kebudayaan, Muhasabah diri dan “Heart to heart”. Secara keseluruhannya program ini banyak memberi impak yang positif bukan sahaja kepada peserta tetapi juga kepada fasilitator yang terlibat. Objektif asas program telah berjaya dicapai dan diharapkan impak program dapat membuka pandangan yang baru dalam diri remaja untuk menjadi seorang pelajar, ahli masyarakat dan pemimpin yang hebat. |
![]() |
![]() |
![]() |