Kunjungan hormat Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) ke Universiti Islam Selangor meninjau peluang mengembangkan kolaborasi di beberapa bidang berkaitan. YBhg. Prof Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah mengetuai perbincangan dan menyambut baik cadangan-cadangan yang diutarakan antaranya mobiliti pelajar (internship students), halal Industri dan jualan koperasi.
KOPETRO dihadiri oleh En. Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Rafiza binti Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sumber Manusia KOPETRO, Nurelliana binti Md Isa, Pengurus Jabatan Sumber Manusia, Azwani binti Anuar, Pengurus Jualan KOPETRO, Azrin bin Abdul Hamid, Pengurusan Jualan KOPETRO.
Semoga kunjungan ini boleh membina kolaborasi dan memberi manfaat bagi kedua-dua institusi.