Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi

KUIS - Pada 15 & 16 Jun 2019 telah berlangsungnya Hari Pendaftaran Sesi 1 Ambilan Pertama 2019 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Pendaftaran melibatkan program pengajian dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah dalam mod pengajian sepenuh dan separuh masa.

Seramai 968 pelajar dari seluruh Malaysia serta pelajar antarabangsa dari negara kejiranan seperti Indonesia, Brunei, dan Thailand telah datang mendaftar sebagai Mahasiswa KUIS.

Rata-rata ibu bapa dan pelajar menjadikan KUIS sebagai pilihan utama kerana program pengajian yang ditawarkan memenuhi permintaan pekerjaan masa kini serta pembelajaran dalam suasana yang biahsolehah.

KUIS menawarkan 69 program dari peringkat Matrikulasi sehingga Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Pengajian Islam, Syariah dan Perundangan, Pengurusan, Industri Halal, Teknologi Maklumat, Pendidikan.

Bagi pelajar yang tidak berkesempatan untuk hadir mendaftar pada 15 & 16 Jun boleh hadir mendaftar pada Hari Pendaftaran Sesi 1 Ambilan 2 yang bakal berlangsung pada 29 Jun 2019 di Pusat Konvensyen KUIS. Pendaftaran secara walk-in masih diterima sehingga 5 Julai 2019. Mulakan masa depan anda di KUIS dengan hanya 3 kredit.

daftar 01daftar 02daftar 03daftar 04

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).