Disediakan oleh : Akademi Islam (Kini Fakulti Pengajian Peradaban Islam) |
30 Mac 2016, Bandar Seri Putra – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) penyelidikan bersama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertempat di Dewan Senat KUIS. MoA ini adalah bertujuan untuk menjalankan penyelidikan secara bersama dalam bidang Dakwah, Syariah dan Usuluddin seterusnya menerbitkan hasil penyelidikan tersebut. Majlis MoA dimulakan dengan ucapan aluan daripada kedua belah pihak yang menekankan aspek kepentingan dan keutamaan untuk melaksanakan penyelidikan dan penerbitan di peringkat institusi pengajian tinggi Islam. Majlis menandatangani MoA telah berlangsung di antara Pihak KUIS diwakili YBhg Rektor Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri dan di pihak KIAS diwakili YBhg Ketua Eksekutif Prof Dr. Ab. Aziz Bin Mohd Zin. Turut hadir YBhg Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan Dr. Mohammad Shukri Bin Abdul Rahman dan YBhg Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Dr. Mokmin Bin Basri , Dekan Akademi Islam Dr. Mariam Abdul Majid, para pensyarah dan pegawai KUIS. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati. Semoga Allah sentiasa memberkati majlis ini. Syabas KUIS. |
![]() |
![]() |
![]() |