Berita KUIS

Bangi, 3 Ogos - KUIS melalui Fakulti Pendidikan hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sekolah Rendah Islam Al-Ummah (SRI UMMAH) dalam usaha membangunkan pengalaman dan kepakaran guru-guru di SRI UMMAH dalam bidang penyelidikan, pembangunan modul dan latihan praktikum.

Seiring dengan visi KUIS yang komited dalam menyediakan sumber daya intelektual dan pendidikan kepada masyarakat, MoU ini adalah usaha berterusan KUIS dalam memartabatkan profession perguruan ke peringkat yang lebih tinggi melalui kerjasama dua hala.

Fakulti Pendidikan KUIS sangat mengalukan pembangunan program ke arah integrasi Pendidikan Islam. Semoga melalui jalinan ini, pengalaman dan kepakaran guru-guru di SRI UMMAH dapat menjadi mentor dan coach buat guru pelatih kelak.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).