Disediakan oleh : Akademi Islam (Kini Fakulti Pengajian Peradaban Islam) |
23 Mac 2016, Bandar Seri Putra – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini telah menerima kunjungan dari Universiti Islam Attahiriyah Jakarta (UNIAT) bersama-sama dengan STAI As-Syukriyyah, Institut Perguruan Tinggi Kementerian Al-Quran, Pascasarjana PTIQ dan STAI As’Adiyah Sengkang dalam program lawatan Mahabbah dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diketuai oleh Dr. Nuhung Sulaeman, MA. Majlis ini berlangsung di Bilik Mesyuarat FPM, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
MoU di pihak KUIS ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri Rektor disaksikan Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman manakala di pihak UNIAT ditandatangani oleh Dr. Ahmad Zain Sarnoto, M.Pd. MA, bersama-sama dengan STAI As-Syukriyyah Tangerang ditandatangani oleh Dr. Zubairi Muzakky, M.Pd.I, Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran ditandatangani oleh Dr. Syamsul Bahri Tanrere, M.Ed , Pascasarjana PTIQ ditandatangani oleh Prof. Dr. HM. Darwis Hude, M.Si Director dan STAI As’Adiyah Sengkang ditandatangani oleh Dr. H. M. Yunus Pasanreseng Andi Padi, M. Ag. Majlis menandatangani MoU telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi photografi. Pertemuan kali ini penuh dengan suasana harmoni dan semangat persaudaraan Islam di antara KUIS dan UNIAT bersama-sama dengan STAI As-Syukriyyah, Institut Perguruan Tinggi Kementerian Al-Quran, Pascasarjana PTIQ dan STAI As’Adiyah Sengkang yang dapat memperkasa ikatan persahabatan dan silaturrahim. Majlis MoU ini telah berjaya melebarkan lagi jaringan akademik KUIS di peringkat antarabangsa. Semoga Allah sentiasa memberkati majlis dan pertemuan ini. Tahniah KUIS. |
![]() |
![]() |