Berita KUIS

Sheikh Dr. Amjad Rasyid Muhammad Ali, Dekan Fakulti Syafie dari The World Islamic Science & Education University (WISE) yang juga seorang Ahli Majlis Fatwa Jordan serta empat (4) orang pegawai pengiring telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor hari ini.

Kunjungan disambut oleh Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Dr. Md Noor Hussin dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Nora'inan Bahari bersama para pensyarah dari fakulti-fakulti tersebut.

Sheikh Dr. Amjad Rasyid seorang pakar dalam bidang khusus feqah dan usul. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang ahli majlis fatwa buhus dan dirasat islamiyah bahagian fatwa umum kerajaan Jordan bermula dari tahun 2020 hingga kini.

Kunjungan bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan feqah dan potensi kolaborasi di masa akan datang.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).