10 Julai 2024 - Kunjungan hormat YBhg. Dato' Naib canselor Universiti Islam Selangor (UIS) ke Tabung Baitulmal Sarawak, disambut oleh Mejar (K) Datu Haji Abang Mohd. Shibli bin Haji Abang Mohd. Nailie, Pengurus Besar, Tabung Baitulmal.
Alhamdulillah, setelah pembentangan dari Dato' Naib Canselor UIS, pihak Baitulmal menyatakan komitmen untuk memberikan bantuan zakat sebanyak RM 2,500 hingga RM 2,800 kepada anak-anak Sarawak yang mengambil bidang pengajian Islam.
Pihak Baitulmal juga menyatakan komitmen untuk membantu melangsaikan sebahagian hutang mana-man anak Sarawak yang menghadapi masalah pembayaran yuran.