Kuching, 9 Julai 2024 – Delegasi daripada UIS yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Abdul Razif bin Zaini (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama Dr. Salman Bin Zainal Abidin (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar) dan Puan Faridah binti Sabli (Timbalan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar) telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Yayasan Sarawak.
Delegasi disambut mesra oleh Pegawai daripada Yayasan Sarawak yang diwakili oleh Yang Berusaha Tuan Jolly bin Marikan (Penolong Pengarah, Seksyen Korporat), Encik Zamahari bin Haji Saidi (Ketua Penolong Pengarah (Biasiswa & Program dan Bantuan)), Puan Ratnasari binti Mansor (Penolong Pengarah Biasiswa) dan Encik Yantiska bin Mahmud (Penolong Pengarah, Pembiayaan Pendidikan).
Objektif kunjungan adalah untuk menjalin silaturrahim antara pihak UIS dan pihak Yayasan Sarawak melalui penerokaan peluang-peluang penajaan kepada anak-anak Sarawak yang menyambung pengajian di UIS serta mewujudkan kolaborasi program-program pembangunan akademik untuk kemajuan prestasi pelajar anak-anak Sarawak di UIS.