Berita KUIS

12 Ogos 2022 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor menerima kunjungan hormat delegasi dari Ehsan Charitable Society Kuwait bermula dari 10 Ogos hingga 17 Ogos 2022.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk mencari peluang-peluang penajaan pelajar dari Kuwait untuk menyambung pengajian ke universiti-universiti di Malaysia. Barisan delegasi tersebut ialah Muhammad Naji Hammam (Eksekutif Tajaan Pelajaran); Abdul Rahman Saed Warsamah (Eksekutif Perhubungan Luar); Muhammad Ilmi Abduh (Pegawai pentadbiran).

Hari ini delegasi berkesempatan berkunjung ke KUIS dan mengadakan perbincangan berhubung penajaan pelajar dan peluang kolaborasi di masa akan datang. YBhg. Rektor, Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah meluangkan masa membawa delegasi melawat Masjid Al-Azhar dan sekitarnya seterusnya mempengerusikan perbincangan tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Akademik, Dr Zetty Nurzuliana Rashed, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr Abdul Razif Zaini, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri, YBhg Prof. Madya Dr. Mokmin Basri, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Pusat Global dan Bahagian Pemasaran KUIS.

KUIS turut berkesempatan mengatur delegasi membuat kunjungan hormat ke beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).