Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari Universitas Mathla'ul Anwar Banten, Indonesia bagi tujuan merapatkan silaturrahim dan mencari peluang-peluang kolaborasi antara dua institusi.
Barisan delegasi tersebut ialah Prof. Dr. KH. E. Syibli Syarjaya,Rektor; Dr. H. Jihaduddin, M.Pd, Wakil Rektor; Dr. Taryanto, SE.,MM, Wakil Rektor II; Ifat Hanifah, Kepala Biro Kewangan; Uun Kurniawati, SE, Kepala Biro Akademik. Delegasi di iringi oleh YBhg. Dato' Dr. Musa Ahmad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
YBhg. Prof. Madya Dr. Mokmin Basri, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri bersama En Zulhizzam Hamzah, Pendaftar KUIS berkesempatan menyambut delegasi dan meluangkan masa bertukar pandangan dan seterusnya mempengerusikan perbincangan tersebut.
Terdahulu, delegasi telah menjalinkan kolaborasi bersama USIM dan berfokus kepada hasrat pertukaran pelajar dan program-program tanggungjawab sosial.