6 Jun 2024 - Kunjungan terakhir bersama delegasi Musafir Ilmu Borneo adalah ke University College Sabah Foundation (UCSF). Perbincangan antara kedua-dua institusi ini memfokuskan jalinan kerjasama strategik dalam program-program berkaitan pelajar, pemindahan jam kredit bagi program alademik dan memperkasa program khidmat masyarakat berkaitqn kelestarian alam. Delegasi UIS terdiri daripada Naib Canselor UIS Dato Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Abdul Razif Zaini, Penasihat Undang-undang, Puan Rohaiza Mat Noh, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Salman Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Bahagian Hal ehwal Pelajar Puan Faridah Sabli. Rombongan disambut Dr. Rafiq Idris, Naib Canselor, Encik Dzulkifli Nawawi, Pengurus Kanan, Jabatan Pengurusan Aset, Encik Asyirul Shuhaimi, pemangku pendaftar, Puan Mazlina Binamin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Encik Morsede Mohamad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat (CCD).
Kunjungan Sulung UIS ke UCSF buka peluang kerjasama dua hala
- BHEP
- Hits: 719