Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

Pada 18 Januari 2019 yang lalu, World Islamic Student Exchange (WISE) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Taufan Iqbal Baihaqi, pengurus program tersebut serta 6 orang ahli WISE. Ahli WISE yang menyertai program ini merupakan mahasiwa dan mahasiswi dari pelbagai universitas di Indonesia.

World Islamic Student Exchange (WISE) merupakan satu platform yang menyediakan program pendidikan yang membantu ahli WISE yang ingin mencari peluang atau informasi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar negara seperti Malaysia, United Kingdom dan lain-lain negara.

Lawatan ke institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti KUIS dapat memberikan pendedahan kepada ahli WISE suasana pembelajaran dan persekitaran institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan lebih dekat. Ahli WISE yang berkunjung ke KUIS diberi peluang untuk melihat sendiri sistem pembelajaran KUIS seperti melawat kelas-kelas kuliah di bangunan akademik, masjid, perpustakaan, makmal komputer, Konti Radio, Mahkamah Moot serta kemudahan-kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pelajar KUIS.

wise 01wise 02wise 03wise 04wise 05wise 06

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).