Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

alzuhri

Bandar Seri Putra - Pada 18 Januari 2017, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mesra dari Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, yang terletak di Singapura. Lawatan yang dihadiri seramai 40 orang mahasiswa program Syariah dan Bahasa Arab. Rombongan ini turut disertai oleh dua orang pensyarah merangkap ketua pengiring.

Sesi perjumpaan berlangsung di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar (Audi Pentadbiran) di mana KUIS diwakili oleh Ketua Bahagian (Bahagian Pemasaran dan Komunikasi) dan beberapa fakulti dari setiap fakulti.

Lawatan seperti ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri dan juga KUIS selain daripada program-program yang ada di KUIS dapat menarik minat mahasiswa-mahasiswa dari Singapura.

 

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).