Berita UIS

Bandar Seri Putra: 30 Januari 2024 - Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP) telah menerima lawatan kunjungan balas dari delegasi Residential Village Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak rentetan daripada lawatan penanda aras (bench marking) UIS pada Januari 2023.

Delegasi UTP KUIS telah diketuai oleh Pengurus Kanan Kolej Kediaman, Puan Kartini Sahlan bersama 5 lagi anggota kerja Village. Lawatan ini memfokuskan kepada perkongsian dan perancangan dalam usaha menaiktaraf dan memberi nafas baru dalam pengurusan kediaman pelajar yang mana pelbagai aspek dan sudut pandang masa depan perlu diteliti dan diambilkira bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan pelajar adalah terjamin sepanjang mereka berada di kolej kediaman.

Delegasi turut diraikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, YBhg Dr. Abdul Razif Zaini, Puan Aireen Naquiah Hamzah Ketua Pegawai Teknologi Maklumat bersama team pengurusan asrama yang diterajui oleh Ustaz Ahmad Shafiq Mat Razali selaku Pengetua, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Keselamatan serta Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti.

Hasil daripada lawatan ini telah merancakkan lagi cadangan untuk menjalinkan perkongsian idea melalui cadangan penempatan staf antara dua institusi dan perkongsian data pembangunan kolej kediaman yang telah dipraktikkan oleh pihak UTP. Selain itu cadangan penswastaan kolej kediaman UIS akan diperhalusi dalam usaha memastikan pengurusan kolej kediaman yang lebih mantap dan diperkasakan dengan perancangan 10 ke 20 tahun ke hadapan.

Semoga dengan adanya lawatan balas ini mengeratkan lagi hubungan dua hala antara UTP dan UIS dalam menjadi peneraju dan contoh kepada pengurusan kediaman universiti yang efektf dan kondusif.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).