Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi

25 April 2019 – Seramai 36 orang pelajar serta 3 orang guru pengiring Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru telah mengadakan lawatan ilmiah ke KUIS. Tujuan utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai program-program yang ditawarkan oleh KUIS khususnya kepada pelajar lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Melalui taklimat oleh Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, pelajar-pelajar diberikan informasi mengenai peluang dan syarat-syarat kemasukan ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar lepasan SVM dan DVM berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di KUIS di dalam bidang pengurusan, pendidikan dan teknologi maklumat.

Selain dari itu, lawatan sekitar kampus KUIS sedikit sebanyak memberi gambaran dan menyuntik semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dan berjaya dalam pelajaran mereka.

kvp 01kvp 02kvp 03kvp 04

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).