Berita UIS

Fakulti Pendidikan Universiti Islam Selangor (UIS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga buah institusi iaitu Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR), Universitas Nahdhatul Ulama Sunan Giri (UNUGIRI) Indonesia dan Tijarah Hatimurni Sdn. Bhd.

MoU ini bertujuan untuk memperkasakan dan memperkuatkan keupayaan di dalam bidang akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat di antara UIS dengan ketiga-tiga institusi. YBhg. Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Rashed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan mewakili UIS dalam menandatangani MoU ini dan disaksikan oleh Dr. Sapie Bin Sabilan, Dekan Fakulti Pendidikan. Manakala, IKDAR diwakili oleh Rektor, Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, dan disaksikan oleh Encik Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang – Undang IKDAR. Tijarah Hatimurni Sdn. Bhd telah diwakili oleh Puan Siti Khadijah Binti Mohni, Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh Puan Anizar Binti Baharudin Pengurus Operasi. Institusi ketiga, UNIGIRI telah diwakili oleh M. Jauharul Ma’arif, M.Pd.I, Rektor dan disaksikan oleh Dr. Ahmad Manshur, M.A. Dekan Fakulti Pendidikan Islam.

Semoga kolaborasi ini dapat dijalin dengan penuh manfaat dan memberikan pulangan kepada institusi masing-masing juga demi pembangunan ummah di masa akan datang.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).