BANGI - 05 JANUARI 2023 - Pihak Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP) telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Putrajaya.
Delegasi KUIS telah diketuai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Teras merangkal Felo Kolej Kediaman iaitu Dr Maad bin Ahmad bersama team pengurusan asrama dan Felo. Pihak UNITEN diwakili oleh Dekan Bahagian Pembangunan Pelajar iaitu Tuan Haji Ruzli B. Zaizari.
Lawatan ini adalah untuk mendapatkan pengalaman dan cabaran kedua-dua belah pihak dalam pengurusan asrama pelajar di Negeri Selangor. Pihak KUIS ingin mendapatkan informasi yang dapat membantu pengurusan kolej kediaman KUIS sebagai langkah ke arah menaiktaraf perkhidmatan seiring dengan penaiktarafan KUIS sebagai universiti penuh.
Lawatan kali ini berjaya mencapai objektifnya dan terdapat perkongsian idea yang dapat membantu kedua-dua belah pihak dalam memperbaiki dan memperkasa mutu perkhidmatan masing-masing. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada hubungan baik antara pihak KUIS dan UNITEN pada masa akan datang dalam perkongsian idea berkaitan pengurusan asrama terbaik di Negeri Selangor.