Berita UIS

Misi kunjungan Universiti Islam Selangor (UIS) ke pantai timur baru-baru ini telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Abdul Razif Zaini turut mengadakan lawatan hormat ke beberapa institusi dan agensi kerajaan negeri antaranya Yayasan Terengganu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin silaturrahim antara UIS dengan semua institusi dan agensi tersebut di samping meneroka peluang-peluang penajaan kepada anak-anak pantai timur di UIS. Kunjungan juga sempat membincangkan peluang-peluang kolaborasi pelbagai bidang di masa akan datang antara institusi.

UIS turut diiringi oleh Puan Rohaiza Binti Mat Noh, Pegawai Undang-undang, Dr. Salman Bin Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Puan Faridah binti Sabli, Timbalan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).