Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2020 bertempat di Dewan Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS. Pada tahun ini seramai 176 orang pegawai dan kakitangan KUIS telah menerima APC. Majlis diserikan dengan perasmian oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri.
Majlis berlangsung dalam keadaan yang sederhana namun tetap meriah. Ianya disempurnakan selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan seperti penjarakan sosial serta amalan memakai penutup hidung dan mulut.
Majlis APC ini adalah bagi meraikan serta mengiktiraf perkhidmatan cemerlang kakitangan akademik dan pentadbiran KUIS berdasarkan prestasi tahunan kakitangan sepanjang tahun 2019. Penghargaan ini diberikan kepada pegawai atau kakitangan yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.
Sekalung tahniah kepada barisan urus setia, En. Mohd Inzar Bin Mohd Tajuddin selaku Pengarah Program, serta ahli jawatankuasa Majlis APC 2019 yang telah berusaha gigih merealisasikan penganjuran majlis ini.
Syabas dan terima kasih diucapkan. Semoga prestasi penganjuran APC ini dapat dikekalkan pada masa akan datang secara konsisten.