Disediakan oleh :
Fakulti Pendidikan

Bandar Seri Putra – Majlis Konvokesyen Pelajar Kursus Jangka Pendek Sijil Ikhtisas Perguruan YAPIS-KUIS telah diadakan pada 23 Mac 2017 yang lepas. Seramai 24 orang guru dari Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Islam  Selangor (KITTIS) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah seliaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) telah mengikuti kursus ini dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Bersempena dengan majlis tersebut, satu memorandum persefahaman (MoU) telah termeterai di antara KUIS dengan KITTIS bagi melebarkan  jaringan kerjasama akademik dalam memperkasa sistem Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Pada masa yang sama, dua memorandum perjanjian telah juga ditandatangani oleh pihak KUIS dan YAPIS bagi usahasama dalam latihan perguruan jangka pendek dan pembangunan modul.

Rektor KUIS Prof Dato’ Ab. Halim bin Tamuri melahirkan rasa bangga dan gembira di atas kunjungan dan kesudian pihak KITTIS dan YAPIS kerana telah menghantar guru-guru bagi mengikuti Kursus Jangka Pendek Sijil Ikhtisas Perguruan ini selama tiga bulan.

Majlis ini turut diraikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sijangkang Merangkap Exco Agama, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Yang berhormat Dr.Hajah Halimah Ali, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YAPIS, Profesor Zainal Abidin bin Kidam, Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) & KITTIS, Y.B. Puan Noor Hanim binti Ismail, Adun Seri Serdang  merangkap Ahli lembaga Pengarah YAPIS serta ahli-ahli Lembaga Pengarah, YAPIS, KITTIS dan MAPPIS.

Turut hadir di dalam majlis ini,   Dr. Mokmin Basri Timbalan Rektor  Akademik dan Penyelidikan, Dekan Fakulti Pendidikan, Puan Suhana Mohamed.Lip, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan serta para Pensyarah Fakulti Pendidikan.

Hasil perbincangan pihak KUIS, KITTIS dan YAPIS bersetuju untuk terus melebarkan dan mempelbagaikan jaringan kerjasama khususnya di dalam program mobiliti, pembangunan mahasiswa, penganjuran seminar dan konvensyen, penerbitan jurnal serta penyelidikan, yang dapat memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak.

Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi. Semoga Allah sentiasa memberkati pertemuan dan majlis ini. Ameen.

kittis kuis yapis 1   kittis kuis yapis 2
Pertukaran Dokumen MoU antara KUIS dan KITTIS   Pertukaran Dokumen MoA antara KUIS dan YAPIS
kittis kuis yapis 3
Penyampaian Sijil Ikhtisas Kursus Perguruan Jangka Pendek KUIS-YAPIS disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Exco Agama, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).