Berita KUIS

22 Februari 2023 – Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2.0 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan di Pusat Konvensyen UIS. Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UIS.

Penganjuran karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 21 sehingga 23 Februari ini bertujuan untuk mempromosi dan menjadikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai agenda penting UIS dalam melahirkan warga kerja yang berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Semua warga UIS dijemput untuk hadir bersama-sama memeriahkan karnival yang akan berakhir pada hari ini. Pelbagai gerai jualan dan aktiviti menarik buat pengunjung disediakan antaranya pemeriksaan asas kesihatan, kempen derma darah, kaunter bergerak JPJ, kaunter KWSP, kaunter Bank Rakyat, ceramah keselamatan dan kesihatan serta gerai jualan dan pameran.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).