9 Jun 2024 - Kembara Musafir Ilmu Borneo (Tawau) diberi penghormatan mengikuti misi pendidikan untuk anak-anak tanpa warganegara di Pulau Mabul, Sempoerna, Sabah. Usaha ini dilaksanakan oleh Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau sebagai penyedia modul dan ditaja Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Misi pendidikan untuk anak Bajau Laut sangat mencabar dengan kekurangan fasiliti dan tenaga manusia selain kos pengendalian yang sangat tinggi.
UIS diberikan peluang kerjasama dalam menyediakan sukarelawan yang bersedia manggalas tanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan pendidikan bagi masyarakat ini pada masa hadapan.
Pasukan sukarelawan UIS terdiri daripada Timbalan Naib Canselor HEPA, Dr Abdul Razif Zaini, Ketua BHEP, Dr Salman Zainal Abidin dan pelajar Fakulti Pendidikan UIS Nur Habibah. Turut sama dalam misi kali ini adalah Pengurus Projek Dr. Halimah (IPG Tawau), Ustaz Wan (IPG Tawau), En. Ahmad Safuan (Muslim Care) dan Tuan Asri ( Muslim Care). Misi Madrasah Terapung ini turut dibantu oleh 22 orang sukalerawan dari Muslim Care Malaysia, pelajar serta pensyarah IPG Tawau dan Universiti Islam Selangor.