6 Jun 2024 - Delegasi Pengurusan UIS turut berkunjung ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam usaha memperkasa jalinan dan hubungan dua hala UIS-JPN Sabah melalui MOU Harmoni yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak tahun lalu. JPN Sabah juga dimaklumkan tentang prestasi pelajar tajaan Biasiswa Peribumi UIS dan pembukaan biasiswa terbabit bagi kohort 2024. Delegasi dihadiri Naib Canselor UIS, Dato' Profesor Madya Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Abdul Razif bin Zaini, Penasihat Undang-undang, Puan Rohaiza bin Mat Noh, Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Salman bin Zainal Abidin dan Puan Faridah binti Sabli. Manakala pihak JPN Sabah pula diwakili oleh Encik Mohd Fadzli bin Abd Rozan, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Roslan bin Diming Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Penolong- penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Memperkukuh Kerjasama UIS - JPN Sabah
- BHEP
- Hits: 913