7 Jun 2024 - Majlis Penutup Musafir Ilmu Borneo dan Program Selangkah ke IPT telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Borneo dengan kerjasama HEP UIS.
Musafir Ilmu Borneo merupakan program khidmat masyarakat dianjurkan Persatuan Mahasiswa Islam Borneo UIS dalam usaha merapatkan jurang pendidikan di luar bandar khususnya di Sabah. Selain itu program ini juga berkongsi peluang pendidikan dan penajaan di UIS.
Majlis Penutupan turut dihadiri Ustaz Salim Ajamain, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMAN Tahfiz Kunak Sabah.
#MusafirIlmuBorneo 2024
#UISdestinasikembarailmu