Berita UIS

Bandar Seri Putra, 18 Oktober 2024 -Naib Canselor UIS, Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah telah merasmikan Pusat Data Baharu UIS yang dinamakan sebagai Nadi Digital UIS atau singkatannya NaDi. Majlis perasmian ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) UIS.

NaDi membawa maksud penggerak utama perkhidmatan ICT di UIS. NaDi juga menghubungkan People, Process & Technology iaitu teras dalam penyampaian perkhidmatan ICT bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan tadbir urus di UIS. Ia mampu mengurus data dengan lebih sistematik dan teratur.

Di dalam ucapan perasmian NaDi, Naib Canselor UIS turut memberikan amanat dan harapan agar NaDi memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga UIS amnya dan warga BTM khususnya. Beliau berharap agar seluruh warga UIS mengambil peluang untuk terus bersemangat meneroka ilmu ICT yang memberi makna kepada ummah, berani untuk melakukan anjakan paradigma, keluar dari zon selesa dan istiqomah dalam melakukan penambahbaikan. Beliau juga turut memberi mandat agar ISLAH diterapkan dalam pembangunan ICT melalui Integriti data, ada Sinergi di antara sistem-sistem ICT dan prosesnya, mengekalkan kelestarian dalam persekitaran NaDi, sifat Akauntabiliti dalam diri semua pihak yang terlibat dalam pembangunan ICT dan penyelesaian ICT yang Holistik.

Semoga dengan rasminya NaDi, seluruh warga UIS faham dan sedar kepentingan dan peranan BTM sebagai “positive enabler” atau pemangkin positif dalam menyediakan perkhidmatan ICT dan perkongsian maklumat yang lebih berstrategik serta memberi impak.

Perasmian NaDi turut disaksikan barisan pengurusan tertinggi UIS, ketua-ketua bahagian yang terlibat dan seluruh warga BTM yang diketuai oleh Puan Aireen Naquiah Hamzah, Ketua Pegawai Maklumat.

Bahagian Teknologi Maklumat UIS “is Your Strategic Partnership”.

Tahniah BTM.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).