Disediakan :
Seksyen Alumni dan Rundingcara BPM
pkns 3
28 September 2016, bertempat di Hotel De Palma Shah Alam telah berlangsung Malam Anugerah PKNS khas buat usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tahun 2016.

Program ini merupakan hasrat PKNS dalam melahirkan golongan usahawan berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan di negara ini menerusi Sekritariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) sejak 1995. Sepanjang program keusahawanan PKNS, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) sudah membimbing sekurang-kurangnya 39,000 usahawan dari pelbagai peringkat dengan kos hampir RM 230 juta. Semua Usahawan terdiri dalam kalangan pengilang bahan binaan, sub kontraktor Bumiputra, peniaga runcit, usahawan mahasiswa, usahawan siswazah, pelajar sekolah menengah dan rendah.

KUIS merupakan institusi yang mendapat bimbingan dalam bidang keusahawanan oleh pihak PKNS. Melalui anugerah yang dianjurkan, seorang pelajar KUIS iaitu Ahmad Noor Rasydan Bin Hamidun berjaya merangkul Anugerah Usahawan Mahasiswa Cemerlang melalui peniagaan “Pop Corn” atau bertih jagung kental bermula di asrama dengan keuntungan sehingga kini adalah sebanyak Rm 2700.00 dalam masa enam (6) bulan.

Manakala, Alumni KUIS iaitu Abdul Rahim Bin Hj Azhari juga telah menerima Anugerah Ikon PROTUNe yang mengusahakan tulisan Khat (Kufi) dan telah menjalankan peniagaan ini sepenuh masa selepas tamat bergraduasi.

Pada majlis itu, seramai 27 usahawan cemerlang di bawah program keusahawanan PKNS telah menerima pengiktirafan atas pencapaian mereka melalui transfomasi dalam peniagaan. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS Puan Noraida Mohd Yusof. Turut hadir di majlis itu ialah Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman,  Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, KUIS.

pkns 1 pkns 2

 

 

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).