Disediakan oleh : Sharifah Nor Fatin Binti Syed Ramli, BPK |
11 Julai 2019 – KUIS telah telah menerima kunjungan dari Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan. Rombongan lawatan tiba di KUIS sekitar jam 10 pagi dan disambut mesra oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), KUIS dan disertai beberapa pelajar alumni Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam yang menyambung pengajian di Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) KUIS. Lawatan dimulakan dengan melawat ke Perpustakaan Imam Al-Syafi'i kemudian ke setiap fakulti. Pelajar diberi sedikit takimat ringkas oleh En. Mohd Farok Bin Mat Nor, pensyarah Fakulti Syariah & Perundangan mengenai fungsi mahkamah rayuan dan peluang kerjaya. Pelajar dilihat begitu teruja apabila dapat merasai suasana berada di mahkamah rayuan dan diberi peluang untuk menyarung jubah hakim. Lawatan sekitar kampus diakhiri dengan lawatan ke konti radio KUIS. Pelajar kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai program-program yang ditawarkan di KUIS serta syarat kemasukan oleh pegawai pemasaran KUIS. Lawatan diakhiri dengan sesi fotografi di Laman Ilmu KUIS sebagai tanda kenangan lawatan serta jamuan makanan tengah hari. |
![]() ![]() ![]() ![]() |