Disediakan oleh : Bahagian Pemasaran & Komunikasi |
BANDAR SERI PUTRA, 9 Oktober 2017 - Penyempurnaan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu KUIS telah dilaksanakan. Majlis ini disempurnakan olehY.A.B Dato’ Seri Mohamad Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS. Turut hadir ialah YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor(MAIS), YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor YB Dato’ Ahmad Yunus Hairi yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Lembaga Pengarah KUIS dan Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausasa MAIS. Pembinaan bangunan akademik baharu 3 tingkat ini bakal menempatkan seramai 4,254 orang pelajar pada satu satu masa dengan kemudahan bilik tutorial, bilik seminar, bilik pensyarah dan ketua program, makmal komputer dan dewan kuliah yang boleh memuatkan 200-500 orang pelajar. Manakala Perpustakaan Imam Al- Syafi’i akan dinaiktaraf dengan ruang bacaan yang lebih selesa,bilik-bilik kajian yang dilengkapi dengan kemudahan wifi yang mampu menempatkan seramai 2,500 berbanding sekarang yang hanya boleh menempatkan 400 orang sahaja. Pembinaan bangunan akademik baharu dan penaiktarafan perpustakaan Imam Al-Syafi’i ini merupakan salah satu projek yang telah lama dirancang untuk memenuhi keperluan prasarana KUIS dalam usaha memastikan infrastruktur dan kemudahan di KUIS sentiasa dititikberatkan supaya persekitaran yang kondusif adalah menjadi keutamaan KUIS sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam yang tersohor di Negeri Selangor. Adalah diharapkan apabila siap bangunan baharu ini kelak, ia mampu memacu dan menjulang KUIS ke persada antarabangsa. |
Klik di sini untuk lihat galeri foto